Apa perasaan anda kalau tiap2 hari ubat yang anda ambik bertahun2 lamanya untuk tempoh yang panjang atau semumur hidup lah katakan. . .diambil sekali sehari boleh bancuh dengan jus. . .
Warghhhhh . . mesti seronok x terkata kan????
xpayah la susah2 nak telan, rasa pahit pikir 2 3 kali nak telan kan exspecially untuk budak2 kecik yang xtau apa2. .
Hari ni 27/12/2012 aq menghadirkan diri di Dewan Mahsuri untuk mendengar taklimat tentang penggunaan exjade atau nama generic nya defasirox di Hospital Langkawi untuk pesakit Thalassemia, maybe ramai yg tahu thalassemia tu apa kan tapi aq tetap nak bagi tahu jugak, thalassemia adalah sekelompok gejala atau penyakit keturunan yang disebabkan oleh kegagalan pembentukan salah satu dari empat rantai asam amino yang membentuk sebagai bahan utama penghasialn darah, yang menyebabkan kecacatan gen . .
2 jenis penghidap talasemia, pembawa dan major . . pembawa gen adalah penghidap talasemia yang sihat x perlu pemindahan darah, talasemia major perlu pemindahan darah setiap bulan so kepada sesiapa yang nak mendirikan masjid @ rumah tangga bersama pasangan, jangan lupa jalani ujian talasemia untuk memastikan pembawa gen talasemia . . .
Exjade
Maybe ada yang tahu pasal exjade ni . . tapi saya baru ja tahu pasal ubat ni . .heheheh so jadi pada sapa2 yang dah tahu tu law ada yang salah pasal penulisan tentang exjade bagi lah tu,
kebanyakan yang datang taklimat hari ni, kanak yang berumur 2 tahun keatas berserta ibu bapa, xkan lah dtg sendiri lak kan
Dengar taklimat pasal EXJADE hari nie memang best, xda lak rasa mengantuk sebab seronok tengok perangai budak2 yang comel2, dan yang paling best tengok budak2 makan ubat tanpa paksaan and dengan rela hati . . .bukan senang nak suruh budak2 makan ubat taw
memang kagumlah dengan orang yang usaha cipta ubat yang mcm ni :)
Inilah rupanya kotak EXJADE yang terdapat dalam 2 jenis kekuatan 250mg dan 500mg, apa yang di dengar dalam taklimat tadi dikatakan exjade nie sangat lah mahal sebab:
(seorang pesakit berumur 7 tahun memerlukan peuntukan sebanyak RM 49,275 untuk bekalan ubat deferasirox setahun )
kelebihan ubat ni memang banyak berbanding dengan pengguan ubat iron chelation Desferrioxamine (Desferral) bagi mengikat zat besi yang berlebihan dan mengeluarkan zat besi daripada badan.
zat besi yang xdikeluarkan dari badan boleh menyebabkan kegagalan jantung, buah pinggang dan terbantuk dalam proses pembesaran penyingkiran zat besi yang berlebihan sangatlah penting. . .
Exjade ni memang sesuai sangat untuk budak sebab dapat mengurangkan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung untuk menyingkirkan zat besi melalui suntikan Desferrioxime (Desferral) secara subcutaneous setiap 8 jam selama 5@6 kali dalam seminggu
berbanding dengan Exjade yang hanya perlu diambil sekali sehari dalam bentuk oral dan dibancuh bersama jus oren @ epal sahaja sebelum makan . . . :)
Kelebihan Exjade:
1. Mudah digunakan
2. Boleh melakukan aktiviti harian bila2 masa
3. Mudah dibawa
walaupun exjade mempunya banyak kelebihan dan keistimewaan, kesan samping penggunaan tetap ada seperti:
1. Loya @ muntah
2. Sakit perut
3. Mata kabur
ok lah setakat nie sahaja yang dapat kongsikan daripada daripada pembelajaran saya di hospital langkawi setakat hari ini . .
.