Friday 27 September 2013

Cont COMPLICATED LOVE ( TELAHKU FIKIRKAN)

             


                       TELAH KU FIKIRKAN APA YANG HARUS KU LAKUKAN . . . .
APA YANG TINGGAL UNTUK KU HANYA SEBUAH KENANGAN . . . 
KENANGAN YANG SENTIASA MENGEKORI DAN MEMBEBANKAN .. . .
MEMBEBANKAN AKU DENGAN PERASAAN . . . .
PERASAAN YANG AKU SIA-SIAKAN . . . .

APA YANG AKU LAKUKAN DEMI SATU HATI . . .
SATU HATI YANG TAK MUNGKIN DIBAHAGI . . . 
MUNGKIN AKU PENTINGKAN DIRI . . 
TAPI SAMPAI  BILA AKU HARUS DILUKAI

 SEDANGKAN DIA BAHAGIA DENGAN BUNGA DI HATI . . .
TANPA DIA SEDAR BUNGA HATINYA AKAN MATI . . .
MATI DENGAN SEPATAH KATA YANG AKAN MECANTAS TANGKAI HATI 

DIA CIPTAKAN SEBUAH MELODI  DALAM MIMPIKU . . .
MELODI YANG XDAPAT AKU FAHAMI . . .
AKU  CUBA MENGIKUTI 
IRAMA HATI YANG DIBERI . . .

TELAH AKU CUBA BERKALI-KALI MENGHAYATI. . . 
NAMUN IRAMA DAN RENTAK HATIKU TIDAK SELARI. . .
MENGAPA SUKAR UNTUK AKU MEMBUKA HATI . .
INGIN SAJA AKU  BERLARI MENGIKUT KATA HATI . . . 

NAMUN TELAHKU FIKIRKAN APA YANG HARUS KU LAKUKAN. . .
TAK PERLU AKU MELARIKAN DIRI . . .
TAK PERLU AKU MENYALAHKAN DIRI SENDIRI . . .


APA YANG HARUS AKU LAKUKAN ADALAH BERTERUS TERANG . . .
TAPI MAMPUKAH KAU TERUS BERPEGANG PADA KEBENARAN. . .
KEBENARAN  YANG AKHIRNYA MENYAKITKAN . . .


KERANA AKU PASTI . . . 
ADA YANG MENANTI UNTUK MEMBUKA HATI . . .
 MENYANYIKAN MELODI HATI YANG KAU INGINI. . .

























Tuesday 24 September 2013

COMPLICATED LOVE





Bila seseorang mengharapkan sebuah  perasaan kasih yang bukan untuk nya. . .
Dan bila seseorang memberikan kasih yang tak mampu diterima
Terasa sesaknya dunia tanpa cahaya. . . . . .
Kenapa dia memberikan kasih 
Kenapa dia memberikan cinta 
Sedangkan dia tahu tak akan  ada ruang
untuk kasih dan cintanya. . . 

Kenapa terbangkan impian bak kaca terlalu tinggi
Sedangkan bila terhempas ke bumi Ilahi
Tiada apa yang boleh ditangisi dan kesali
Melainkan rasa benci dan iri hati. . . . .

Mungkin rasa cinta dan kasih mengatasi segalanya
Tapi sampai bila kasih  yang tak balas diberi nyawa. . . . .
Tak adakah yang lain yang lebih layak menerima . . .

Adakah kau sudah buta. . . .
Atau aku yang buta mengharapkan sang putera. . .
Aku bukan seorang pendusta. . . 
Aku bukan permain cinta . . . .
Mungkin aku belum bersedia untuk menerima . . . 
Mungkin kau bukan yang ditakdirkan untuk bersama . . . 





















 

Monday 23 September 2013

MENU TENGAHARI SENDIRIAN & KE"BLUR"AN


Hari rasa ceria sikit :)
sebab jugak kerja untuk dibuat kalau x memerap ja lah kat bilik

Tugasan ari ni ialah menghantar surat . .
tapi bukan surat aq, budak rumah punya dia xdapat hantar sendiri
sebab ada kelas. . .aq sebagai kakak dan senior yang baik
perlulah membantu, janji duit teksi bukan aq yang bayar  keh keh keh

Ni lah kali pertama aq menghantar surat dan menjejakkan kaki di 
PEJABAT POS KANGAR
First time ni nak hantar surat/document guna pos laju
mula2 masuk pejabat pos jakun kejap =.="
xtahu nak buat apa. apa yang aku tahu isi borang pos ja dulu . . .
tu pun tercari2 kat mana2 la borang tu diorang letak
lpas isi xtahu nak buat apa =.=???

Pergi kaunter stem, akak tu cakap kena amik nombor pergi urus kat kaunter
sekali blur ambik no kat mana pulak . . 
dengan perasaan blur blur blur terus g tekan mesin ambik no
cari tempat duduk, sambil perhati orang sekeliling. . .
dalam hati serabut betul ka no aq ambik ni??????????????????
malas nak pikiaq banyak tunggu ja no aq dipanggil. . .

jeng jeng jeng jeng
1069 . . . ok time aq . . . . . . . . . . 
alhamdulilah semua ok, lpas ja hantar dokument
kaki nak terasa nak melangkah pergi The Store sebab nak beli Oligo ja
tapi bukan oligo ja yang aq beli . . .
masa lalu kat tempat sayur tu nampak lak CARROT comel2 kecik2 ja
teruja nak beli, bila dah beli carrot mesti la nak beli sayur lain jugak
so beli lah Sawi dan cendawan ehh cendawan ka kulat
kulat kot rasanya kulat rawan, kat situ tulis jelly mushroom . . 

So bila balik rumah, perut mintak nasi . .
nak nasi, nak nasi meronta-ronta cacing dalam perut kelaparan


Berdasarkan bahan diatas nak masak apa yer???
yang ada Sawi, sosej ayam, jelly mushroom, carrot dan telur . .
apalah yang dapat dihasilkan??
so sebab aq sorang ja yang nak makan xpyah masak banyak2, 
jadi ikut selera tekak anak2 cacing aq ja
nak makan apa . . .


HASILNYA 


Hasilnya jadilah menu ni simple ja untuk orang bujang masak and makan sorang2
sosej blackpaper, sayur campur dan telur dadar
telur dadar kosong ja, dan minuman kegemaran Oligo go go go . . 






BLOOD ORANGE





Eeeeeee takutnya oren ada darah . . . . .
tapi yang dimaksudkan bukan lah oren yang ada darah . .
macam vampire lak nak makan oren ni maybe untuk vampire sesuai lah kot
untuk elakkan sembelit . .kih kih kih


BLOOD ORANGE 
yang dimaksudkan adalah 
LIMAU GEDANG


Nama saintifiknya CITRUS PARADISI
bunyi macam paradise jer . . . Apa pun aq tetap suka nama
BLOOD ORANGE sebab warna dia merah
Limau ni berasal dari keluarga RUTACEE
Apa pun LIMAU GEDANG ni tetap dalam golongan 
buah2 citrus dengan rasa masam manis, kalau buat jus sedap ni .

KHASIAT LIMAU GEDANG
1. Anti-Oksidant dan Vitamin
2. Membantu meningkatkan tahap metabolisma badan.
3. Mengeluarkan lemak dari sistem lemak di badan.
4. Membantu mengurangkan insulin di dalam badan untuk mengurangkan selera.
5. Membntu menurunkan berat badan.
















Sunday 22 September 2013

BLUE BIRD




TWEET TWEET TWEET TWEET


Rasa macam main nak main tweet2 plak . . .
dah lama gilak xbukak blue bird ni dah ktinggalan bnyak benda
trutamanya tweet kawan2 yang ngada2 . . . 
keh keh keh jgn marah

Disebabkan twitter ni xberapa nak aktif sebab xramai kawan
So sudi2kan lah berkenalan ngan sy. . .
tambah kenalan . . . 
boleh kongsi2 cerita2 dan pendapat . . . 


SENYUM SATU IBADAH
SENYUM SELALU :)


Saturday 21 September 2013

KESIAN SEMUA DAH TENAT





Bila buka laptop godek2 tengok gambar lama2
terjumpa pic ni, bila tengok gelak sorang, dlm otak fikir kesian kat rokok2 ni
walaupun agak klakar, tapi pic nia ada mesej nya yang tersendiri.
lain orang lain pandanganya.

Pic ini maybe menyampaikan mesej tentang  bahaya merokok.
teringat plak subjek DEVELOPMENT AND HEALTH
dan DRUG SOCIETY.

Maybe orang yang merokok ni suka merokok sebab
kesan2 yang diorang dapat daripada neurotransmitter yang diransang oleh Nikotin
  1. Dopamine - Keredhaan dan ganjaran untuk diri sendiri maybe rasa puas dapat merokok.
  2. Asetilkolin / norepinephrine - Memberikan ransangan.
  3. Glutamate - Meningkatkan memori  dan pembelajaran 
  4. Seratonin - Mood Modulasi

WALAUPUN MEROKOK TU ADA KEBAIKANYA
KEBURUKAN MEROKOK MELEBIHI KEBAIKAN

Jom tengok apa yang ada dalam sebatang rokok . . .
Jeng jeng jeng jeng 

MACAM2 ADA CUKUP RAMUAN 
Banyak betul ramuan dia dah macam nak main masak2 lak . . 
kebanyakan bahan yang digunakan adalah beracun!!!!

RACUN WOOOOOOOO . .  .
Bukan racun maksudnya hisap satu batang terus boleh mati  .  . .
take time la dia nak berkenalan dengan organ dalam kita
lepas tu mana yang dia suka boleh wat kawan rapat,
 lpas tu bila xpuas hati tikam belakang jadi gunting dalam lipatan
yg selalu jadi kawan rapat Si racun ni mesti lah Si Paru - paru  target utama. .

BECAREFULLLLLLLLLL
 

So sekarang dah ada banyak cara untuk berhenti merokok
macam kaedah ada. . . .
salah satu kaedahnya ialah buang semua peralatan merokok . .

Bila dah berhenti merokok jangan lah pula cuba
benda lain yang seangkatan denganya SHISA kalau seronok nak cuba 
main asap baiknya bakar ja sate . . 
sedap dan mengeyangkan perut . . . 




Sedapnya sate terliur plak nak makan sate ngan kuah kacang
tambah lak ngan nasi impit nyum2 .  . . .

APA PUN STOP SMOKING !!!!!!










Thursday 19 September 2013

All About Me






  • Nama saya Nurul Farhana Binti Zainol
  • 13 Januari 1992 Birthday saya.
  • Umur saya 21Tahun tapi sy suka ckp tua stahun maksudnya 22 tahun.
  • Ahli keluarga saya panggil saya Nurul
  • Kawan-kawan panggil saya Farhana @ yang pendeknya Fana
  • Saya anak bongsu daripada 4 beradik
  • Saya xda kakak ada abang ja
  • Abang-abang saya semua xkahwin lagi bila entah nak dapat anak saudara.
  • Saya suka kucing, kat rumah ada 2 ekor kucing
  • Saya juga kadang sensetive, please jangan marah saya :'(
  • Saya seorang yang pemalu, saya xpandai bergaul dengan orang baru tapi saya sentiasa mencuba untuk menyesuaikn diri dengan orang baru, walaupun saya rasa malu, sebab saya sedar saya kena yakin.
  • Saya x suka bergantung atau berharap pada yang xpasti.
  • Saya sukakan benda yang simple dan cantik.
  • Saya suka orang yang pandai buat lawak sebab saya suka gelak.
  • Saya suka makan benda yang lembut  contohnya: bubur nasi, kue teau dan puding sebab saya malas nak kunyah2 makanan banyak kali.
  • Saya xsuka benda yang terlalu manis @ masin
  • Mood saya cepat berubah.
  • Saya suka aktiviti lasak contohnya: panjat pokok, jungle trekking
  • Saya xberapa balik rumah saya kat Langkawi sebab sy cepat bosan, saya lagi suka balik kampung.
  • Saya suka makan buah Jambu batu xda biji, tembikai timun tembikai susu dan juga oren.
  • Saya xpernah ada Teddy Bear
  • Saya suka warna Kuning, Coklat, Hitam & Biru
  • Saya suka menjahit dan gunting kertas untuk dijadikan hiasan.
  • Serangga yang saya XSUKA ialah ULAT BELUNCAS walaupun dia xbersalah sy xsuka rama-rama pun saya xsuka!!!
  • Saya juga suka memasak and mencuba mencipta resepi sendiri.
  • Saya juga agak boros tapi tak keterlaluan.
  • Saya juga seorang yang agak cuai, so i need someone to remember me.
  • Saya xboleh tido petang why??? I don't know.
  • Bila saya bosan saya akan gila sekejap.
  • Saya xsuka karaoke, sebab saya tahu suara saya macam mana.
  • Saya suka main games.

Apa yang saya  tulis adalah tentang saya,
 Apa yang saya rasa saya  nak tulis . . . 
dan juga apa yang saya suka saya  nak buat :)


THE END






RINDU 4 of 5



JULAI 2010 - JULAI 3013 genaplah 3 tahun kat Perlis,
Tamat lah jugak pengajian di KATPM


Bila dah habis belajar masing2 rasa seronok gilakk, semua dah
siap2 packing beg nak balik rumah. . .
so excited, aq ja yang xboleh nak excited sbb ada lg benda nak 
buat kat sini, alah lg pun xpyah lah aq nak excited kan
rumah bkn jauh pun seberang laut ja xsmpai 1 jam pun perjalanan.

HOSTEL
Inilah dia kediaman kami selama 3 tahun!!!!!!!
Yang kat belakang hostel tu bukit, sebelah kanan plak sawah,
pagi2 bngun tido bukan ja tingkap nampak hijau2 ja, kalau musim
menuai xdalah hijaunya. So disebab kan masih stay kt sini 
I'am SUPER SENIOR hahahahaah. . .
:( sedih plak rasa kat sini sorang mean xda dah yang sama batch
yang paling menyedihkan xda BFF untuk buat gila sama2

SEBENARNYA SAYA  SAYA SAYA. . . .

Saya rindu kat diorang terutamanya CLAHOUMATE . . 
sebab apa clahoumate . . sebab satu rumah satu kelas  . . 
dia xda rasa xmeriah plak rumah ni yer lah mulut murai  asyik bising ja



BUDAK BAWAH RUMAH
Budak bawah rumah sebab rumah dak bertiga ni aras 1
bawah rumah kami
Ika, Fiza, Salwa. . .
We are friends, we always together . . 
Rindu kat muka2 ni entah bila dapat jumpa lg, 

ZULAIKA ( IKA)

HAFIZAH (FIZA)

SALWA (WA)
kalau salwa xkisah sangat bila2 pun boleh jumpa sebab dia kat kedah ja
Ika kat KL, Fiza kat JB jauhnya . . 
Maybe last jumpa masa Konvo nt agaknya . . . .


SUKA SANGAT GELANG NI SO BELI SAMA
WE ARE 5 ALWAYS










Wednesday 18 September 2013

Kisah Penciptaan Nabi Adam A.S




                                           Adam (Ibrani: אָדָם; Arab:آدم) 

Bererti tanah, manusia, atau cokelat muda) (sekitar 5872-4942SM) adalah dipercaya oleh agama-agama Samawi sebagai manusia pertama, bersama dengan isterinya yang bernama Hawa.

  • Menurut Agama Samawi pula, merekalah orang tua dari semua manusia yang ada di dunia.  

  • Perincian kisah mengenai Adam dan Hawa berbeza-beza antara agama Islam, Yahudi, Kristian, maupun agama lain yang berkembang dari ketiga agama Abrahamik ini.

  • Adam hidup selama 930 tahun setelah penciptaan ( 3760-2830 SM), sedangkan Hawa dijadikan ketika Adam berusia 130 tahun. 

  • Al-Quran memuat kisah Adam dalam beberapa surat, di antaranya Al-Baqarah ayat 30-38 dan Al-A’raaf ayat 11-25. 


  • Ia mendapat gelar dari Allah dengan gelar Safi Allah.Menurut ajaran Islam, Adam adalah manusia sempurna, berjalan tegak dengan kedua kakinya, berpakaian yang menutup aurat, berbahasa fasih dengan jutaan kosa kata.


  • Dia adalah seorang nabi yang menerima wahyu dari Allah serta syariat khusus untuk manusia saat itu.Susuk Adam digambarkan sangat beradab sekali, memiliki ilmu yang tinggi dan ia bukan makhluk purba. 


  • Ia adalah makhluk penghuni surga yang penuh peradaban maju. Turun ke muka bumi boleh dikatakan sebagai alien dari sebuah peradaban yang jauh lebih maju dan jauh lebih cerdas. Kerana itulah disebut sebagai `khalifah` di muka bumi dan ia dikatakan jenis makhluk terbaru di muka bumi yang sebelumnya belum pernah ada.

  • Dalam gambarannya ia adalah makhluk yang teramat cerdas, sangat dimuliakan oleh Allah, memiliki kelebihan yang sempurna dibandingkan makhluk yang lain dan diciptakan dalam bentuk yang terbaik. 


 Surah Al Israa' ayat 70



 "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam,
Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan" 

At-Tiin ayat 4 
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

  • Dahulu ketika baru selesai diciptakan, seluruh malaikat bersujud kepadanya atas perintah Allah, lantaran kecerdasannya itu. 


  • Kecerdasannya menjadikannya makhluk yang punya darjat amat tinggi di tengah makhluk yang pernah ada.


  • Sama sekali berbeda jauh dari gambaran manusia purba Charles Darwin, yang digambarkan berjalan dengan empat kaki dan menjadi makhluk purba berpakaian seadanya. 

  • Penciptaan Adam Setelah Allah SWT. menciptakan bumi, langit, dan malaikat, Allah berkehendak untuk menciptakan makhluk lain yang nantinya akan dipercaya menghuni, mengisi, serta memelihara bumi tempat tinggalnya. 

  • Saat Allah memberitahu para malaikat akan kehendak-Nya untuk menciptakan manusia, mereka khuatir makhluk tersebut nantinya akan membangkang terhadap ketentuan-Nya dan melakukan kerusakan di muka bumi. 

  • Berkatalah para malaikat kepada Allah:"Mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah. 

  • Padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Allah kemudian berfirman untuk menghilangkan keraguan para malaikatNya:“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.

Al-Baqarah : 30

  • Lalu diciptakanlah Adam oleh Allah dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang dibentuk sedemikian rupa.


  • Setelah disempurnakan bentuknya, maka ditiupkanlah roh ke dalamnya sehingga ia dapat bergerak dan menjadi manusia yang sempurna.


  • Awalnya Nabi Adam a.s. ditempatkan di syurga, tetapi terkena tipu daya iblis kemudian diturunkan ke bumi bersama istrinya kerana mengingkari ketentuan Allah.Adam diturunkan dibumi bukan karena mengingkari ketentuan, melainkan dari sejak akan diciptakan, Allah sudah menunjuk Adam sebagai khalifah di muka bumi.


  • Jadi meskipun tidak melanggar ketentuan (Allah) adam akan tetap diturunkan kebumi sebagai khalifah pertama.Adam merupakan nabi dan juga manusia pertama yang bergelar khalifah Allah yang dimuliakan dan ditinggikan derajatnya. Ia diutus untuk memperingatkan anak cucunya agar menyembah Allah. Di antara sekian banyak anak cucunya, ada yang taat dan ada pula yang membangkang.





                   

Kebosanan + Origami



Rabu 18/9/3013
Semua housemate pergi kelas aq ja yang xda kelas actually bukan xda kelas
tapi memang dah xdibenarkan ke kelas sebab memang dah tamat belajar, aq betapa 
kat hostel ni pun semata-mata nak habiskan lesen memandu . . .
disebabkan oleh tiada kekosongan amali memandu minggu ni terpaksa berperap 
kat hostel . .

Tapi xpa manfaatkan apa yang ada untuk menghilangkan kebosanan
oleh kerana ada lagi kertas warna yang xhabis guna,
so ting tong ting tong nak buat apa, buat lah origami imbau balik masa terluang 
bersama Nurliyana Mansor

Pikachu with Liyana


Sekarang Nana dah balik KL so dah xda teman nak buat Origami,
buet lah sorang2.

Apa yang dperlukan untuk membuat origami mestilah kertas,
KERTAS ORIGAMI xkisah lah yang plain atau bercorak.


Kalau xda kertas origami  pun xpa boleh guna kertas warna yang biasa sebaik-baiknya yang nipis
dan xkeras sebab senang nak lipat dan bentuk.

BAHAN LAIN

Gunting
Pen/Marker
Pembaris
Gam

Klau guna kertas origami xpyah la nak gunting atau pembaris xdiperlukan sangat 
sebab kertas origami tu datang dalam pakage segi empat sama, 
disebab kan menggunakan A4 colour, gunting dan pembaris amat diperlukan.


ORIGAMI PERTAMA

BUNGA DAHLIA
First buat ingatkan guna satu kertas ja rupanya kena guna banyak kertas,
 kena gunting kertas jadi kecik2, buat dahlia ni xpyan besar2 xcomel.


HASILNYA

BAHAGIAN  DEPAN
BAHAGIAN BELAKANG
Xtahu la pulak mana satu nak guna depan atau belakang dua nampak cantik,
so macam2 boleh buat dengan orgami, boleh tampal kat dinding, atau pintu bilik.

ORIGAMI KEDUA


Apakah itu?? sejenis haiwan kah kaha kah
haiwan ni sedih sebab dia xcantik. . . . 
xpa2 percubaan pertama buat rabbit xmacam rupa rabbit lansung. .

CUBAAN KEDUA


Ermmmmm kurang menjadi dah macam rabbit kacukan musang rupanya.
inilah jadinya kalau lipat kertas xberhati2. . . 
xpa just for fun only . . .xda cubaan ketiga :(

ORIGAMI TERAKHIR
dah malas dah nak main lipat2 . .

Apa ni?? Katak ka??? yang
lukis tu mmg katak. Biru tu??

JAWAPANYA : Pikachu

Pikachu tu warna biru sebab xda kertas warna kuning,
Biru2 pun birulah boleh jadi Pikachu Avatar.


Sayang pulak nak buang, so tampalah dalam Buku, boleh buat hiasan . . 
bunga dahlia tu xboleh la tampal dalam buku, kang boyot buku tu . .

So kepada sesiapa yang rasa berminat dan rasa seronok nak main lipat2 kertas
boleh la belajar kat origami instruction,
nak letak syep2 by step mmg xlah lah 
sbb bnyak step lipat melipat xmcm lipat baju . .
so nak senang google ja Origami

Bila dah siap menaip penat lipat kertas tibalah time untuk  MAKAN
masih lagi dalam katogeri breakfast.

Kuey Teau PAMA + Telur + Serunding Daging

SO the END jemputlah makan . . . 




Tuesday 17 September 2013

MENCARI RESEPI SOTO HIJAU MEDAN


Tetiba lak rasa teringin nak mkn soto hijau
rasa rindu lak, kat mana ehh nak cari soto hijau
kalau selalu nampak soto ngan kuah  putih ja, kuah sup xpun green curry, tapi xnk kari!!!
masa makan dulu kat Medan tertanya jgak lah mcm mana kuahnya boleh jadi hijau
ada yg buat lawak cakap dia blend rumput letak dlm kuah hahaha
boleh jadi jugak dia daun dalam erti kata lain sejenis daun
tapi daun apakah itu??
sebab kuah soto ni berbau wangi, xkn daun pandan pulak kan . .



tapi walauapapun ni lah mkanan yang best yang boleh diterima tekak 
selepas Nasi Putih and Nasi goreng Ayam Penyet, 
hari2 makan ayam penyet boleh lemau ler jgak,
 lagipun ayam kat situ murah berbanding dengan ikan . . .

Da dapat resepinya setelah 3 hari mencari di google, 
terjumpalah resepi SOTO MEDAN kat  blog ni yang bertajuk
 Season Of Hope http://motivasyifa.blogspot.com rasa teruja nak buat ni membuak2 lak


RESEPI SOTO MEDAN


Bahan
Minyak makan untuk menumis

Haluskan 
8 butir bawang merah

6 siung bawang putih
1-2 sdm ketumbar, sangrai
1 sdt jintan, sangrai
1 sdt merica butiran
3 cm jahe
3 cm kunyit
3 sdt garam
3 batang serai, memarkan
2 -5 lembar daun jeruk purut
3 lembar daun salam
3 cm lengkuas, memarkan
1kg ayam kampung/ Ayam Ras (Boleh juga dengan daging, atau sesuai selera),
200 ml santa kental, Santan cair secukupnya.


Pelengkap

1 Ons Su'un (dicuci terlebih dahulu, rendam dengan air dengan suhu ruam kuku)
2 buah kentang rebus, potong-potong (dibuat perkedel juga bisa)
2 butir telur rebus, iris-iris
1 buah tomat, potong-potong
Bawang goreng untuk taburan
Daun Bawang untuk taburan
Emping goreng
Sambal cabai rawit (cabe merah juga ga apa tergantung selera)
Jeruk nipis
Kecap manis

Cara membuat

Panaskan minyak, tumis bumbu halus, serai, daun jeruk, salam, dan lengkuas sampai harum dan matang.
Masukkan ayam, aduk sampai daging ayam kaku.
Tuang santan cair, aduk dan masak sampai ayam empuk.
Angkat, kemudian goreng (Ayam) sampai kuning kecokelatan.
Suwir-suwir dagingnya. Sisihkan.
Didihkan kembali kuah soto dengan api kecil, tuang santan kental.
Aduk sampai mendidih. 
Angkat.masukkan kentang rebus, telur, tomat, dan daging ayam suwir, Su'un secukupnya, ke dalam mangkuk saji. 
Tuang dengan kuah panas. 
Taburi dengan bawang goreng dan sajikan bersama pelengkapnya.