Thursday 27 December 2012

EXJADE (Defasirox) Thalassemia


Apa perasaan anda  kalau tiap2 hari ubat yang anda ambik bertahun2 lamanya untuk tempoh yang panjang atau semumur hidup lah katakan. . .diambil sekali sehari boleh bancuh dengan jus. . .
 
Warghhhhh . . mesti seronok x terkata kan????
xpayah la susah2 nak telan, rasa pahit pikir 2 3 kali nak telan kan exspecially untuk budak2 kecik yang xtau apa2. .

Hari ni 27/12/2012 aq menghadirkan diri di Dewan Mahsuri untuk mendengar taklimat tentang penggunaan exjade atau nama generic nya defasirox di Hospital Langkawi untuk pesakit Thalassemia, maybe ramai yg tahu thalassemia tu apa kan tapi aq tetap nak bagi tahu jugak, thalassemia adalah sekelompok gejala atau penyakit keturunan yang disebabkan oleh kegagalan pembentukan salah satu dari empat rantai asam amino yang membentuk sebagai bahan utama penghasialn darah, yang menyebabkan kecacatan gen . . 





2 jenis penghidap talasemia, pembawa dan major . . pembawa gen adalah penghidap talasemia yang sihat x perlu pemindahan darah, talasemia major perlu pemindahan darah setiap bulan so kepada sesiapa yang nak mendirikan masjid @ rumah tangga bersama pasangan, jangan lupa jalani ujian talasemia untuk memastikan pembawa gen talasemia . . . 




Exjade

Maybe ada yang tahu pasal exjade ni . . tapi saya baru ja tahu pasal ubat ni . .heheheh so jadi pada sapa2 yang dah tahu tu law ada yang salah pasal penulisan tentang exjade bagi lah tu, 

saya budak baru belajar kalau salah tolong perbetulkan . .

kebanyakan yang datang taklimat hari ni, kanak yang berumur 2 tahun keatas berserta ibu bapa, xkan lah dtg sendiri lak kan
Dengar taklimat pasal  EXJADE hari nie memang best, xda lak rasa mengantuk sebab seronok tengok perangai budak2 yang comel2, dan yang paling best tengok budak2 makan ubat tanpa paksaan and dengan rela hati . . .bukan senang nak suruh budak2 makan ubat taw
memang kagumlah dengan orang yang usaha cipta ubat yang mcm ni :)

Inilah rupanya kotak EXJADE yang  terdapat dalam 2 jenis kekuatan  250mg dan 500mg, apa yang di dengar dalam taklimat tadi dikatakan exjade nie sangat lah mahal sebab:
(seorang pesakit berumur 7 tahun memerlukan peuntukan sebanyak RM 49,275 untuk bekalan ubat deferasirox setahun )

kelebihan ubat ni memang banyak berbanding dengan pengguan ubat iron chelation Desferrioxamine (Desferral) bagi mengikat zat besi yang berlebihan dan mengeluarkan  zat besi daripada badan.
zat besi yang xdikeluarkan dari badan boleh menyebabkan kegagalan jantung, buah pinggang dan terbantuk dalam proses pembesaran penyingkiran zat besi yang berlebihan sangatlah penting. . .

Exjade ni memang sesuai sangat untuk budak sebab dapat mengurangkan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung untuk menyingkirkan zat besi melalui suntikan Desferrioxime (Desferral) secara subcutaneous setiap 8 jam  selama 5@6 kali dalam seminggu
berbanding dengan Exjade yang hanya perlu diambil sekali sehari dalam bentuk oral dan dibancuh bersama jus oren @ epal sahaja sebelum makan . . . :)
 
Kelebihan Exjade:
1. Mudah digunakan
2. Boleh melakukan aktiviti harian bila2 masa
3. Mudah dibawa


walaupun exjade mempunya banyak kelebihan dan keistimewaan, kesan samping penggunaan tetap ada seperti:

1. Loya @ muntah
2. Sakit perut
3. Mata kabur

kesan sampingan setiap pengguna adalah berbeza :)
ok lah setakat nie sahaja yang dapat kongsikan daripada daripada pembelajaran saya di hospital langkawi  setakat hari ini . . 







Sunday 16 December 2012

Sombong . . Not ME!!!

Huhuhuhuhuhuhuhuh 
Ada orang kata sy sombong betul ka ? ? ? 
wahhhhhhhhh sedihnya, kenapa macam tu ? ? ?
atau memang sy sombong kot ? ? 
banyak betul tanda tanya . . 
kenapa pandang sy mcm tu sy xda wat salah pun . .
kenapa la orang selalu buat andaian, sebelum tahu hal sebenar . .

Sy x SOMBONG!!!
saya cuma berhati2 dalam memilih kawan dan percakapan
sy cuma xnk jadi mcm kerana santan pulut binasa
orang kata terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata terima padahnya . .
orang yang xkenal sy mungkin akn ckp sy sombong. . . but I'm not like that so please :
Actually, sy nie pemalu huhuhuh
mungkin sy bukan seorang yang peramah . .
tapi kadang2 bila kita terlalu ramah sangat pun orang xsuka jugak kan ? ?
betul x ??

So kepada sesiapa yang ingin mengenali sy dengan lebih lanjut . .
rajin2 la come n talk to me . .
bukan datang rumah yer . . .







Friday 14 December 2012

Praktikal Hospital Langkawi

heheheh, dah lama praktikal ari nie baru nak update . .
xda lah lama mana pun sebenarnya baru 2 minggu ja . . .
 minggu pertama masuk hospital Langkawi,aku dapat department IPD (bukan ibu pejabat daerah yerrr) tapi In-Patient Department, benda pertama yang aku kena buat kat department ari2 ialah
jeng jeng jeng . . . . . . . . . . . . .  :)


1. Datang pagi2 check suhu peti ais (bukan peti ais makanan yerr peti ais ubat)
2. Check stock (cukup ka x, law xcukup kena topup)
3. Isi bakul untuk ward (isi ubat dlm bakul)
4. Return Ubat (return ubat time xda kerja sbb xpnting sangat pun)
5. Homework (nama ja homework tapi aq siapkn kat situ jgak sbb snang ada rujukan / hospital lain ada yang kena asgment)
6. Xda kerja (xda keja nak buat kacau fatin husna kat OPD)
7. Jam 4.50 ptg (record suhu peti ais / peti ubat)
8. Dengan gembiranya balik rumah jam 5.oo ptg

(gambar nie aq cilok kat laman web Hospital Langkawi, ampun yerrr)
xpa nt aq ambik gambar sendiri yang nie pun xtahu tahun bila

Gambar xdapat dilampirkan sebab xda masa, xda sapa nk ambik gambar xkn nk suruh staff kat sana plak kat ambikkn gambar kami huhu hari last bru nak take pic . . .nak xnk kna bergambar jgak . . 
conclusionya best sangat kat H.Langkawi !!!!
(staff2 baik sangat2)