Wednesday, 10 July 2013

Last Exam 2013

Bulan puasa wajib bali kampung  sebab semua manusia dah xda kat hostel tu. . .balik kg ni bukan kampung yg pure lah, sbb kg aq yg pure kat Kota Kota Sarang Semut, bukan kat sarang semut hitam atau merah tu . .  tapi KSS, Yan hehehehe 

8 julai 2013 paper terakhir Pharmaceutic IV jam 9.45 pagi masa exam rasa agak sedikit pressure sbb soalan dwi-bahasa bila tang jawapan satu bhasa ja hahahaha kna trick . .  tapi apa pun alhamdulillah sebab dapat jawab dgn tenangnyakeh keh keh

Hbis ja exam semangat nk balik rumah sbab nk sidai baju yg menggunug dalam baldi tu, sblum g exam dh siap2 sumbat dlm mesin . . . ingat balik boleh terus sidai tapi apakan daya xbernasib baik, baik punya org yg letak baju aq dlm baldi tu, dia ltak kt hujan, 2 kali kerja plak aq nk memerah kain tu . . tapi sbab mood aq baik time tu aq redha dengn ketentuan (ayat pasrah kjap)

habis ja sidai baju terus siap2 masak untuk adik2 kesayangan sbb dorang pun ada exam, pagi n petang lpas tu nk bertolak balik kelantan, sebab dh masak bubur semalam, so aq buat telur hancur dengan ikan kering hancur ja .  .

Resepi Telur

Telur ayam 
*Bawang merah @ besar (ikut suka letak bnyak mana)
*Bawang putih
*Halia 
*cili hijau

1. Semua benda yang betanda bintang tu tumbuk dalam lesung batu jgn guna mortar ngan pastel lak hahah
    tumbuk lumat2.
2. Pastu panaskan minyak, then tumis sampai garing, jgn lupa masukkan garam.
3. Bila dh garing, letak bahan tumis tadi kt tepi kuali lpas tu masukkan telur buat mcm telur dadar bila dh           masak sikit hancurkan then gaul dengan bahan2 tumis tadi.
4. Klau nk mkn dgn bubur letak la kicap sikit sbgai pnambah perasa.

kat hostel selalu jugak masak bubur bila nasi yg masak untuk mkn malam xhabis boleh dijadikan bubur nasi supaya x membazir n xmengamalkan amalan syaiton, senang ja cuma tambah air, halia, garam, lada hitam and kalau nk sedap lagi tambah kiub pati ayam, sebab dok asrama banyak benda yg kurang so simple2 sudah asalkan sedap.








Sunday, 7 July 2013

Gadis & Bunga . . .

Bunga Oh Bunga Kertas

Bunga, bunga, bunga, bunga, bunga dan bunga kertas . .  . .
hahahhaahah ari ni xda keja pergi kangar duduk kat pasu bunga ambik gambar . .
hahahaha hari yang sungguh membosankan . . . 
pergi kangar teman adik (beli kain pasang) sy xda adik!!


                                   

                                 

                                  

             MY FAVOURITE FLOWER IS YELLOW AND RED ROSE,
BUNGA ROSE XDA BUNGA KERTAS PUN JADI LA BUAT POSING HAHAHAHA

8 JULAI 2013 Suka & Duka



8
JULAI 2013 berakhirlah tugas sebagai seorang pelajar jurusan Farmasi Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional Perlis, Malaysia (KATPM) 

Macam2 rasa ada sekarang sedih  gembira, terharu mcm lagilah lepas habis belajar ni rasa mcm susah ja nk jumpa balik semua kawan2 semuanya dok jauh nun di selatan, timur, barat, atlantis, pacifik nunnnn hahaahha melampau gayanya keh keh keh

Hope bila dah berpisah nanti kita semua still remember our memmory sepanjang 3 tahun bersama, sama ada suka ataupun duka, adat berkawan ada pasang surut nya ingat pntai ja ka ada pasang surut heu heu heu. .

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan
perpisahan kita biarlah berjumpa kembali bukan untuk selamanya




       



         






HOPE WILL END WITH HAPPY ENDING . . . AND NO MORE TEARS






QUESTION . . . BELIEVE IT OR NOT???


NURUL FARHANA ZAINOL [ NFZHANA]

Muka Baik . . .hahahaha


Agak2 lah kan berdasarkan muka aq yang yg tersenyum terlebih ikhlas  mcm tu.


Soalan : Adakah anda percaya bahawa saya adalah seperti yang dinyatakan di bawah  itu dengan cara menilai muka baik terlebih ikhlas senyum tu?? 
             
. 

APLIKASI FACEBOOK
Ayat yang menarik :
1. Penampilan dapat menipu
2. Terlihat tidak berdosa
3. Menang adalah hasrat utama

Apa2 pun siapa diri saya adalah saya yang sekarang . . .
buat masa ni lah 3 4 5 tahun yg akan datang
 tak tahu lah pulak mcm mana. . .
 bak kata orang  sekali air bah, sekali pantai berubah . .



.




Saturday, 15 June 2013

SAYA SEDIH ARI NI . .

Hari ini terasa nasibku tidak beberapa baik bukan malang yer.. sebab xda sesiapa pun dalam dunia dilahirkan dengan nasib
 malang . . Dah la ari ni, hari pertama di 
OPD (out-patient department)

warghhhhhhhh, sedih sangat n takut jgak hehehe
cerita nya mcm ni, One suppose a time heheheheh mcm cerita fairy tale lak . . Pagi tadi punyalah bangun awal semangat nk g keja
 ( nak iron baju sbnarnya sebab xsuka iron malam2) 
dah bngun awal mandi2 g keja awal lah kan, bukan pergi sendiri ayah antar . . sampai ja kat tempat parking moto, nmpak lah Syira my partner, sembang2 jap
And then!!!! pusing ja nak masuk hospital . .

"farhana kenapa dengan baju??? 

Aq pun dengan bengongnya pun berpikir kenapa dengan baju aq??
tadi pakai xda apa pun, aq pun tanya lah dia balik "kenapa dengan baju kami??? "

" ada titik2 hitam kat baju"

titik2 pa pulak, aq dengan selamber tanya banyak x??

"banyak jugak"

time ni muka aq dah lain sangat (◕︵◕)
datang pulak fatin, say hello dulu ٩(^‿^)۶

"farhana baju kenapa ada hitam2"

Tersentap kejap 【•】_【•】

=____^'" fikir kenapa n apakah bndanya titik2 hitam tu 
(flashback) (╥﹏╥)
baru ingat semalam abang repair rantai moto, dia kata rantai moto tu dah kendur . . .maybe dia letak minyak . . .
Warghhhhh baju aq kena minyak hitam. . bergegas2 aq ajak syira dengan fatin g toilet tengok baju, teruk nya baju aq mcm mana nak wat keja dah la baju putih ada sehelai lak tu, malu nya nak balikkkkk!!!! masa ni dah xda apa2 yang terlintas dlam kelapa otak aq, melainkan nak balik n then basuh baju . . 

"fatin pinjam telefon nak cal mak"

(sebab aq xbawak fon n then cari fon xjumpa)
fatin pun carilah fon dalam beg dia, cari punya cari xjumpa
"alah xbawak la farhana"
alah kenapa xbawak (wah tanya lak tu knapa xbawak aq pulak sapa suruh xbawak fon sendiri padan muka)
syira pinjam fon . . 

"fon kami xda kredit"

huhuhuuhuhu macam mana nak balik ni, otak dah smakin serabut . .
mujur lah datang idea bernas, guna ja lah public fon ting ting ting :)
Oppsssssss, no fon xingat!!! macam nak col??
 kerah kan jugak otak suruh ingat ting ting ting ingt jugak no abg aq alhamdulillah (ingat pun sebab no tu aq yang beli untuk dia)
dengan pantas dan excitednya pergi public fon . 

angkat ganggang, lampu kat skrin hijau tu xnyala
kueng kueng kueng, mula lah menggelabah mcm biawak komodo
fatin macam mana ni???
benggongkan cepat gelabah padahal kat sebelah tu ada ja satu lg public fon . . nasib baik boleh guna . . 
 sebaik telefon diangkat aq dengan sepantas kilat berkata tanpa salam dan mukadimah

"suruh ayah mai aq cepat!!! baju aq kotor krna minyak hitam"

10 minit kemudian ayah aq pun sampai, bergegas aq ajak dia balik, jangan lupa singgah pasar raya nak beli vanish . .
ayah aq cakap pasar raya buka pkul 10am  kecewa kejap . .
tapi aq xputus asa sampai ja rumah g bilik air basuh baju dengan harapan akan hilang la minyak2 tu . .tetapi usaha gagal, macam2 aq buat nak hilangkan minyak tu, rendam air panas dgn garam, guna sunlight, berbelas2 kali aq basuh dari pagi sampai tngahari . . tapi xberjaya huhuhuhuhuhu keputusan terakhir yang aq ambik rendam ja dulu dlm sabun . . . 

alternatifnya esok g keja pakai kardigan kat luar . . . . huhuhuhu

ni bukan kali pertama baju aq kena kekotoran tapi kali kedua, first kena sambil masa nak beli makanan time rehat, aq xprasan jugak nasib baik ada fatin dgn syira, tolong bagi tahu, memang xada adap la orang tu dah la kenakan baju dengan sambal. lpas muka selambar mcm xda apa2 mintak maaf pun x nasin baik sambal aq balik basuh hilang . .  ni minyak hitam mcm mana nak hilang . .redha jalah nak buat mcm mana . . 

(bukan aq xpndai jaga baju tapi benda dah nak jadi kan nak buat mcm mana)










Thursday, 21 March 2013

Medah Oh Medan. . . ;)

Bila berada kt tempat orang barulah terasa rindu sangat kt tempat sendri, kt tempat orang semuanya berbeza xsama mcm tempat sendri huhuhuu
Aq mahunya pulang ke Malaysia kangen bngat sama teman2 n family, ingatkn bahasa indonesia mudah difahami tapi ternyata tidak!!!!
Hari pertama sampai Medan rasa mcm nk menangis sbb fikir 2 bulan nk tinggal kt sini huhuhu. . . Bila tengok punya tengok kaadaan kt sini lebih kurang tolak tambah mcm Thailand.
Kt sini pukul 5 pagi, bunyi hon motor,kereta, lori ka apa ka yg ada hon tu dah memekak2 dah kt gegendang telinya, waduhhhhh g mna mahu boboknya. . Hahaha
Makanan kat sini mmg sedap, tambah lg ayam penyet n masakan minang, masakan minang kat sini yang bestnya sayur2 dan kuah tidak dikira mksudnya percuma lah, hooorayy!!!!  harga pulak dalam rp 10 000 - 11 000 dibahagi dengan nilai matawang Malaysia dlm Rm 3.++ lah. .
Tapi kalau skali skali nk cuba mkan mknan kat tempat yg ala restorant yg ada class sikit tu boleh la mkn at Merica. Sebelum makan kena isi pulsanya dulu mksudnya topup dalam kad, lpas tu boleh la order mkanan sepuasnya!! ikut berapa jumlah duit yg ada dlm kad tu. .

Friday, 8 February 2013

Praktikal dah habis !!!!




Hari ni rasa gembira sangat sebab semua benda dah lepas, praktikal di hospital langkawi dah habis, lepas ni xpayah dah la bangun pagi2 awal gosok baju . . . heheehhe, ehhh kenpa nk kna ironbaju pagi2 kan?? kenapa x iron siap2 time malam kan?? sebab nya memang sejak dari zaman sekolah lg aq dah biasa iron baju di waktu pagi atau last minute hehehe, tapi ada sebabnya aq iron baju time pagi2 buta.


1. Boleh buat aq bangun awal untuk iron baju and prepare  apa yang patut nt xkelam kabut.
2. Sebab bali keja penat, kadang2 tertido dengan uniform skali . . heeheheh 
3. Bila baju kotor malam baru nak basuh, bila dah kering malas nak iron
4. Sebab bila dah iron malam nt kedut balik @ nak pakai baju yang lain . . .kih kih kih :)


Ok berbalik pada tajuk utama cerita pasal hospital, mesti ramai yang xtahu kan, mesti ramai yang ingat kerja kat farmasi ni senang je kan . .tapi sebenarnya agak susah dan tanggung jawab pun berat melibatkan nyawa manusia, yer lah kalau salah bagi ubat macam boleh jadi ..

Kat hospital langkawi ada ada 4 department ja yang ada untuk 'kami' makudnya ramai la kan heheh xda ramai mana pun just 3 orang ja aq, fatin, dan syira. ..


Fatin Husna

Nur Shahirah
2 gambar ja yang aq nal letak walaupun ada 3 orang hehehe hehee orang ketiga tu aq lah, gambar aq dah bnyak wat apa na letak lg kan wat semak ja kan hehhee, department yang ada kat hospital nie banyak tapi farmasi ada 4 department ja . . Out patient, tempat yang korang ambik ubat lepas jumpa doktor lpas dapat perskripsi @ slip ubat, walaupun kdang2 ada perskripsi ada 3, 4 jenis ubat ja tapi bukan senang taw nak collect ubat-ubat bagi kat patient law salah bagi lain jadinya


yang nie adalah bakul2 ubat yang disimpan di belakang tempat PPF( Penolong Pegawai Farmasi ) collect ubat bg kat patient, kad2 merah yang ada dalam Bin ubat tu untuk rekod RN patient no ic belakang yang ada 4 angka tu, tarih, bilangan ubat keluar dab baki ubat yang ada, baki kena kira betul2 law xbetul nanti kena marah huhuhuhu . . .

Jom nak cerita pasal IPD ( In Patient Department ) department ni memang best, xpyah penink kpala nak pikir nk kira itu ini . . . IPD nie lebih kepada kerja membekalkan ubat ke wad2, bekal ubat troli yang nurse selalu tolak p katil patient tu. . .

TROLI
Nilah dia bentuk troli tu, sebelum buat troli kna semak dulu profil pesakit, tengok ubat apa yang dia makan, berapa dose, berapa kali sehari baru boleh isi sampul ubat, tapi bukan senang taw nak wat troli nie, satu troli makan 1 jam 30 minit atau lebih bergantung kepada berapa ramai patient @ ketidak serabutan troli tu heheh.





Bekas yang warna- warni tu bukan bekas gula2 yer, tapi bekas untuk simpan ubat-ubat jenis tablet dan kapsul . . 



Kabinet kayu nie adalah tempat simpan ubat injection, kat label kabinet tu ada tulis Benzyl Penicillin @ C-PEN antibiotik . 

UBAT RETURN
BIN ubat return tu untuk staff nurse letak sampul ubat patient dorang yang dah discharge atau pun yang dah meninggal ubat yang return tu boleh digunakan balik untuk patient lain, tapi mestilah ubat yang elok untuk mengelakkan pembaziran . . hehe


Bahagian stor perubatan pulak yer kita pergi, stor h.langkawi sekarang tengah bermasalah banyak ubat yang xda dan masih dalam proses pemesanan, so terpaksalah membuat banyak pinjaman, tapi bukan pinjam duit, pinjam ubat ja ..hehehe jom tengok gambar yang diambik di stor tapi xbanyak

Meja Kak Liza
Meja yang kecik and comel nie adalah meja stor yang terletak di dalam bilik A. . . kat stor perubatan nie ada 4 bilik simpan barang Bilik A dan B untuk simpan ubat-ubatan bilik C dan D untuk simpan barang bukan ubat contohnya macam container atau barang kegunaan di wad mcm syringe, mask, sarung tangan and macam2 lagi lah nak sebut semua mcm xingat ja keh keh keh . .

rak simpan ubat
Rak simpan ubat ni masih kosong lagi, sebab banyak lagi ubat yang diorder xsampai, bukan satu ja rak dalam stor ni banyak lagi kang letak banyak2 xlalu lak nak tengok sebab bnyak lagi yang kosong . . . 



Manufacturing
Ini adalah bahagian manufacturing sama macam IPD bekal ubat, tapi lebih kepada pembungkusan macam pack2 ubat . .bahagian nie xbanyak yang kami belajar, apa yang dibuat oleh syira dalam gambar ialah toing toing toing hehehe kai wat inhibitane mouthwash yang kaler pink tu . .  heheh sampai takat nie ja yang nak cerita, nak sambung cari bahan buat report lak bubye .. :)