Monday, 27 February 2017

New Baby Tam Tam

Salam hai,
Huhhhhhhhh dah lama sesangat sangat lah xmenulis blog, entah kenapa lepas hbis ja kolej terus senyap menyepi. . .lepas dah kerja lagi lah xda rasa nk menulis or update apa2,  lepas laptop rosak lagi lah malas nk menulis tambah2 lagi bila guna app blogger kat phone.  Banyak sangat lah malasnya,ker memang pemalas.

Whatever la kan, semuanya datang dari mood dan keinginan untuk mengarang.

First entry untuk 2017 dah hujung bulan 2 dah pun.So just nk perkenalkan my new baby si tam tam anak jantan kepada si peah bam bam dan si manja kucing jantan khairunisya hahaha.

Si baby tam tam ni lain sangat warna dia ngan ibu dia si peah
Ikut genetik bapa dia kot si manja bulus jiran sebarang jalan, mmg sejibik muka dengan warna bapak dia, warna putih ja ada sikit ikut si peah, si tam tam ni anak si peah yang kedua, yang first born ada dua ekor tapi dua2 mati sebab si peah ni tak reti jaga anak, apa yg dia tau makan tidoq ja sampai tembun.

Masa dlm kotak ni dia tengah mengandungkan si tam tam, perut dia besar mcm ada anak 2 3 ekor yang keluar sekor ja si tam tam, so technically si tam tam ni ank tunggal peah
 

So cute tam tam. . . .
 Si tam tam ni bulan ni dah 2 bulan but still kurus tak mcm anak2 kucing yang lain. 2 3 hari ni tam tam dah mula sakit mata, hari2 mata dia bertahi susah nk buka mata, so tiap2 pagi kena bersihkan mata dia. 

Malas nk cerita panjang2, harap si tam tam dapat hidup lama dengan beribukan si peah yang blur2 x reti jaga anak tu. . Tapi sekarang si tam tam tu dh boleh minum n mkn wet food sendiri tapi kadang2 xnk makan. So hope si tam tam akan hidup lama dN membesar. .k bye@,l

Monday, 28 July 2014

ohhhhh my Eyes. . . .



Baru sekarang tahu bagaimana rasanya sakit mata . . . .
rasa yang sangat seksa, gatal, mata berair, pedih. . .
yang paling seksa sekali nak berhadapan dengan customer jenuh nak cover mata. . .
rasa segan pun ada sebab mata merah macam pontianak (pontianak mata merah ka??? )
kang pakai sunglass buang tabiat lak cashier pakai sunglass. .



Sakit mata berpunca daripada Lina partner tempat kerja . .
lepas dia mengadu sakit mata. . . then esoknya terus cik farhana sakit mata
bangun ja tidur mata xboleh buka, lepas sapu air baru boleh buka . .
tengok ja cermin mata dah bengkak dan merah. . .

Rasa macam xnak pergi kerja, tapi apakan daya kena jugak pergi
sebab xda org cover, semua dah balik kampung. . .
mood buat kerja memang xda, rasa macam nak tutup ja kedai (buat macam kedai sendiri)
untuk sakit mata eye MO memang xberkesan bertitik2 letak dalam mata tapi xberkurangan . .
lastly untuk kurangkan sakit telan panadol, kurang sikit rasa pedihhhh tapi mata still berair. .
malangnya sakit mata hari raya, so raya ni raya sorang2 ja kat rumah huhuhuhuhuhu . . . .
nak kluar dengan kawan2 pun xboleh takut nt berjangkit plak. . .

Apapun selamat hari raya diucapkan kepada semua umat islam di seluruh dunia . . .













Thursday, 24 July 2014

KALI PERTAMA



First time tulis surat berhenti keja, rasa macam xpercaya. . .
hahahaha betul ka apa yang aku buat ni???
apa pun surat dah dihantar, pujuk memujuk sudah tak diterima lagi . .
this is my final desicion, huhhhhhhhhhhhhhhh tapi rasa sayang lak nak tinggalkan kerja 
walaupun baru berapa bulan keja maybe dalam 6 bulan.

I am sorry, keputusan yang dibuat mungkin menyusahkan sesetengah pihak,
tapi inilah yang terbaik untuk diri saya dan juga pihak yang lain. . .
walaupun rasa berat hati buat semua ni, hope ada hikmah yang baik untuk semua ni
dan dapat pengganti yg lebih baik.

All of you like my family, my sister my brother my friends . . .
hope semua ni akan berjalan dengan lancar seperti apa yang telah dirancangkan.



Lepas raya mulakan hari baru sebagai penganggur its ok nevermind . .
dah biasa jadi penganggur, maybe boleh lagi fokus kot rancang hidup berkeluarga . .
apa merepek ni farhana?? hidup berkeluarga??bila masa kahwin??
 hahahahah macam lawak ja calon pun xda . 
jodoh tu rahsia Allah bila2 masa pun akan sampai, lambat @ cepat ja . . 
seriusly, tengok kawan2 berumah tangga rasa macam nak nak join lak
Insya Allah suatu hari nanti .
AMIN YA RABBAL ALLAMIN









Friday, 23 May 2014

Tuesday, 31 December 2013

New Year 2014 (1435 H)



Selamat datang 2014,I will always miss the special moments that passed through in 2013, joy and sorrow will be the only a history can remember but can not be repeated. . .
time2 ni lah baru nak terkenang detik2 bahagia suka dan duka with buddiest. . .
hahahahah sayang korang semua . . .
masing2 dah sibuk dengan tugas dan kerjaya masing
hope apa yang kita impikan selama ni menjadi kenyataan . . . 

Bila dah sambut tahun baru mesti lah kena ada azam baru ataupun target  kan???
So target aku tahun ni hurmmmmmm apa yer??
Aduhhhhhh tak fikir pun lagi apa nak buat untuk tahun depan aka esok hehehehe . . 
Maybe nak pergi cari kerja kot . . . 
xda kot2 nya memang kena kerja wajib kerja dah lama sangat jadi penganggur . . . .
terasa sangat kebosanannya.
rasanya penggunaan bahasa dan ejaan aku perlu di perbetulkan, 
rasa macam dah tunggang-langgang dah bahasa ibunda ni. . .

Lagi 3 jam ja lagi nak masuk tahun baru!!!!!
kepada sesiapa yang pergi countdown tu hope pergi dan balik dengan selamat
ingat orang yang tersayang. .
aku nak countdown kat rumah ja sambil tengok transformer!!!!

Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir



Saturday, 12 October 2013

nyUM-nyuM Kerepek pisang. . .


Aktiviti hari ni sebelum tengahari simple ja . . . .
Lpas breakfast nasi lemak ngan soya rilex2 kejap layan si Nemok
Sementara mak kupas and rendam pisang dalam air garam + kapur (bukan kapur barus)

Lebih kurang 10 minit mcm tu lah pisang2 tu berendam menyucikan badan
Lepas tu tibalah masa untuk disiat2 ehhhh bukan siat tapi disagat2

Pisang ni yang selalu kami guna buat kerepek, mak saya ckap
pisang nangka, ehhh entah la pisang apa . . 


Ni lah rupa pisang yang dah direndam yang merah tu penyagat(baru beli )
yang lama dah xtajam. .
(takut jugak nak guna sebab tajam sangat)


Ni rupa pisang yang telah di sagat2, di sagat memanjang baru cantik
sebelum ni kat rumah Tok Com dia suka buat bulat . . .
So xberapa nak cantik . . .

 Yang ni proses menggoreng xpayah guna minyak banyak sangat
pastikan minyak betul2 panas.

Lepas menggoreng inilah hasilnya, tapi hasilnya kuarang 
memuaskan sebab pisang tu kuning sangat,
mak saya ckp pisang tu xkuning sebab dia belum lg (tua mcm mna xtahu lah)
mak ambik sebab pokok dia dh tumbang di tiup angin heheheeh

Ini adalah permandangan belakang rumah,
dalam keadaan yang xterurus sebab xda orang nak jaga
kat rumah memang banyak sangat pokok macam jenis pokok
mak ayah taman, sampai pokok petai pun ada . . .
lepas ni maybe misi buat krepek ubi pulak . . . . .

TIME TO NYUM2



Friday, 11 October 2013

DAH SAMPAI IWKAGNAL!!!!

Seronknya rasa bila dapat rumah sendiri . . .
3bulan betapa Wang Ulu tanpa BBF sangat mendukacitakan . .
sedih ja rasa ari2 sorang2 kat rumah . . . .

Tapi semalam rasa paling sedih . . . .
sebab balik sendiri, mak janji nak datang ambik
last kena balik sendiri, semangat nak bawak balik beg besar pun terkubur
terpaksalah tingal semua baju bajan semua kat sana
tapi xsemua bawak jugak balik mana yang perlu

Sebelum balik kena pergi kolej dulu ambik transcript . .
dan wat pergi kaunter akaun buat kira2 and ambik statement. . .
lepas pergi beli tiket feri cepat2 menonong pergi cari kedai makan . .
semalaman xmakan makanan berat, breakfast minum teh ja . .
memang teramat lapar . .
nak masak memang xda bahan nak masak apa pun tadak!!!

Sampai ja kedai makan terus oder air sebab rasa memang sangat2 dahaga . . .
teringin lak nak minum jus tembikai, tapi xda tembikai lak . .
it's ok, gantikan dengan jus epal and order nasi goreng ayam . . .

AMAT MENDUKACITAKAN . . . .

Apa sangat mendukacitakan tu???
Bila sampai ja air rasa sangat gembira dah dok terasa dah betapa segarnya
dapat minum jus epal hijau . . . .yea yea yea . . .

Bila orang tu letak air atas meja . . .
rasa macam ada something wrong dekat situ!!!
bila diperhatikan kat situ apalah yant bintik2 hijau tu yer???
pelik, apa pun rasa dulu . .
perghhhhhhhh!!!! pekat gila jus epal dia . . .
bukan pekat sebab dia letak pewarna @ gula . .
tapi pekat sebab di letaknya sekali dengan hampas2 epal tu . .
melekat2 kat dalam mulut bila sedut . .
yer tahu aq memang lapar tapi agak2 la sampai letak hampas . .
memang la benda fibre tapi sangat xsyok . . .


Jus epal dah satu yang xsyoknya . . .
satu lagi yang xsyoknya nasi goreng ayam . .
xsyok sebab ayam dia masin dan banyak sangat kunyit . . .
satu lagi xsyok sebab mahal . . .
Air jus epal + Nasi goreng ayam = RM 8.50
memang rasa agak mahal sebab makan dekat kedai biasa ja.
standart perlis nasi goreng ayam biasanya RM4.50 @ RM 5.00 ja
sebab perlis bab makanan memang murah . . .
maybe sebab berhampiran jeti kot dia mahal sikit . . . . .

Apapun kegembiraan sangat terasa bila jejak kat rumah sendiri . . .
rindu pada si nemok terubat. . . .