TANDA 100 HARI
Tanda 100 hari adalah tanda pertama dari Allah s.w.t kepada hambanya dan hanya disedari oleh mereka-mereka yang dikendakinya.
- Semua orang Islam akan mendapat tanda cuma sama ada kita sedar ataupun tak.
- Berlaku selepas waktu Asar
- Seluruh badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran @ seakan-akan menggigil.
- Bagi mereka yang sedar dan terdetik dalam hati bahawa mungkin ia adalah tanda mati maka getaran itu akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan tanda kehadiran tanda ini.
- Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran @ hanyut dalam kenikmatan dunia tanpa memikirkan mati , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
TANDA 40 HARI
- Tanda ini juga akan berlaku selepas Asar.
- Bahagian pusat akan berdenyut-denyut.
- Pada ketika ini daun yang Tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di arash ALLAH s.w.t
- Pada saat ini malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan akan mula membuat persediaan ke atas kita dan akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
- Akan terjadi malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu, dan jika ini terjadi maka mereka yang terpilih akan berasa binggung seketika.
TANDA 7 HARI
- Tanda ini diberi kepada mereka yang diuji dengan dengan musibah kesakitan dimana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
- Terasa denyutan di bahagian tengah dahi iaitu antara dahi kanan dan kiri.
- Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak terisi dengan banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang menguruskan jenazah kita.
- Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi.
- Bagi yang orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dapat dikesan jika dilihat daripada bahagian tepi.
- Telinga akan layu dimana dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam
- Telapak tangan yang terlujur akan perlahan-lahan jatuh kedepan dan sukar ditegakkan
TANDA 1 HARI
- Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun.
- Ini menandakan bahawa kita tidak akan lagi menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
- Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
- Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t yang telah menhidup dan mematikan kita.
No comments:
Post a Comment