Saturday, 20 July 2013

TANDA-TANDA SEBELUM MATI


TANDA 100 HARI

Tanda 100 hari adalah tanda pertama dari Allah s.w.t kepada hambanya dan hanya disedari oleh mereka-mereka yang dikendakinya. 

  • Semua orang Islam akan mendapat tanda cuma sama ada kita sedar ataupun tak.
  • Berlaku selepas waktu Asar
  • Seluruh badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran @ seakan-akan menggigil.
  • Bagi mereka yang sedar dan terdetik dalam hati bahawa mungkin ia adalah tanda mati maka getaran itu akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan tanda kehadiran tanda ini.
  • Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran @ hanyut dalam  kenikmatan dunia tanpa memikirkan mati , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.

TANDA 40 HARI
  • Tanda ini juga akan berlaku selepas Asar.
  • Bahagian pusat akan berdenyut-denyut.
  • Pada ketika ini daun yang Tertulis nama kita akan gugur  dari pokok yang letaknya di arash ALLAH s.w.t 
  • Pada saat ini malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan akan mula membuat persediaan ke atas kita dan akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
  • Akan terjadi malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu, dan jika ini terjadi maka mereka yang terpilih akan berasa binggung seketika.

TANDA 7 HARI
  • Tanda ini diberi kepada mereka yang diuji dengan dengan musibah kesakitan dimana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba  berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
  • Terasa denyutan di bahagian tengah dahi iaitu antara dahi kanan dan kiri.
  • Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak terisi dengan banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang menguruskan jenazah kita.
  • Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi.
  • Bagi yang orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dapat dikesan jika dilihat daripada bahagian tepi.
  • Telinga akan layu dimana dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam 
  • Telapak tangan yang terlujur akan perlahan-lahan jatuh kedepan dan sukar ditegakkan 
TANDA 1 HARI
  •  Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun.
  • Ini menandakan bahawa kita tidak akan lagi menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
  • Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
  • Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t  yang telah menhidup dan mematikan kita.

ALL I WANNA BE





                                                                "Everything At Once"


As sly as a fox, as strong as an ox
As fast as a hare, as brave as a bear
As free as a bird, as neat as a word
As quiet as a mouse, as big as a house

All I wanna be, all I wanna be, oh
All I wanna be is everything

As mean as a wolf, as sharp as a tooth
As deep as a bite, as dark as the night
As sweet as a song, as right as a wrong
As long as a road, as ugly as a toad

As pretty as a picture hanging from a fixture
Strong like a family, strong as I wanna be
Bright as day, as light as play
As hard as nails, as grand as a whale

All I wanna be oh, all I wanna be, oh
All I wanna be is everything
Everything at once
Everything at once, oh
Everything at once

As warm as the sun, as silly as fun
As cool as a tree, as scary as the sea
As hot as fire, cold as ice
Sweet as sugar and everything nice

As old as time, as straight as a line
As royal as a queen, as buzzed as a bee
As stealth as a tiger, smooth as a glider
Pure as a melody, pure as I wanna be

All I wanna be oh, all I wanna be, oh
All I wanna be is everything
Everything at once

Tuesday, 16 July 2013

CUACA and CHOCOLATE



Berdasarkan MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT
boleh dikatakan Langkawi hari2 hujan, cuma hari Jumaat ja yang xhujan betul ka xhujan??
kita tunggu dah lihat, sebab kadang-kadang ramalan cuaca xmenentu, kita merancang tuhan yang menentukan,samalah macam cuaca bak kata orang guruh berdentum di langit air di tempayan jangan dicurahkan. . . 

SEBAB APA????
Guruh x semestinya hujan
kusangkakan panas berpanjangan rupanya gerimis bertandang hahahaha












SO BAGI SESIAPA YANG NAK DATANG KE P.LANGKAWI
Silalah semak laporan kaji cuaca dulu yer, sebab kalau datang pun xboleh nak pergi mana2 terutama sekali Cable Car memang xgerak lah gondola tu, kang kalau bergerak jugak terjerit2 orang kat atas tu kena tiup angin . . nak mandi pantai pun xboleh, ada ka orang mandi hujan2???

SATU JA AKTIVITI PALING BEST XDA KAITAN DENGAN HUJAN
Hahahahah apa lagi yer kalau bukan SHOPPING TIME, kalau shopping memang best xda lah berpeluh dek panas, cuma basah dek hujan ja kih kih kih

   CHOCOLATE ! ! ! !
Cerita pasal coklat, aku xminat sangat pun dengan coklat, 
kalau makan pun untuk suka, untuk sedapkan lidah dengan rasa manis berkrim . . 
Hantu coklat adalah NURLIYA MANSOR


 ZENO tempat yang akan ku pergi kalau nak beli coklat, kalau nak beli banyak lah
kalau setakat satu dua, aku lagi suka beli kat Jeti Kuah ja sebab xpayah susah nk kuar pergi beli singgah sana sini tu pun kalau nak balik kampung atau Perlis lah walaupun harga kat jeti agak mahal aku redha ja beli tutup mata keh keh keh

COKLAT YANG AKU SUKA

RITTER SPORT - Memang best !!!

KISSES DARK CHOCOLATE- Sedap sebab xmanis sangat dan kaya dengan antioxidant

WHITE CHOCOLATE TOBLERONE- Sedap rasa2 susu 

Dah lama sangat dah xmakan coklat ni, sebab aku x rasa teringin nk makan pun. . .
CADBURY aku xberapa nak minat sangat . . . 









Monday, 15 July 2013

KAHWIN / NIKAH

MALAM NI BERCERITA MENGENAI PERKAHWINAN


Sebab apa cerita pasal kahwin tiba2??
sebab mak aku dah mula buka cerita pasal kahwin . . 
Che Rohani cakap aq orang pertama dikalangan adik beradik yang akan kahwin dulu . .

Wahhhhhhhhh sungguh x adil . . .
Yang last bongsu kahwin dulu ni kira langkah bendul la ni . . 
zaman sekarang orang xkisah dah langkah bendul ni . .

Kalau aku yang kahwin dulu wahhhh
mesti huru hara sapa nak tolong aku wat persiapan perkahwinan???
( Wahhhh dah pk pasal kahwin keh keh keh )
adik beradik aku semua lelaki kecuali aku lah and aku xda adik bradik perempuan . . 
Kalau nak harapkan sepupu . .
  aku cuma ada 2 orang ja sepupu perempuan umur 21 and 20 yang lain semua kecik2 lagi . .

CALON PUN XDA LAGI MAK!!!!

Aku memang xda calon lagi . . . .




dan aku memang nak mak aku yang carikan untuk aku . . 
@
Tunggu ja orang masuk meminang hahahahahah
bunyi macam kelakar ja kan, ye lah kan sekarang org sibuk bercinta . . .
Aku pulak nak dok rumah tunggu timba cari perigi kah kah kah

Bunyi dia macam kolot ja kan??
sebab apa aku  keputusan macam ni???
aku pun xtahu maybe sebab aku rasa pilihan keluarga lebih baik kot....

Orang cakap bercinta selepas nikah tu lebih baik . . 
tapi brgantung pada orang jugak lah . . 

Bersama orang yang kita cintai itu adalah impian
Bersama dengan orang yang mencintai kita adalah ketentuan
  






Sunday, 14 July 2013

ANTI GULAI/ KARI

 THIS MAKE ME CRAZY mozzy gilasiass . . .
Aku xtahu kenapa sekarang ni  bulan puasa aku rasa nak anti gila dengan gulai2 n kari2 yang ada . .
maybe xsesuai dengan tekak aku kot 
 aku rasa tekak aku macam xboleh  nk terima kari/gulai ni . . huarghhhhh

aku rasa macam nak marah bila mak aku tolak permintaan aku
 nak makan sup ayam sebab abang xmakan sup ohhhhh kejamnya . . .
 aq pun xnk mkn gulai ayam tu, tolonglah faham . .

 

aku nak makan sup ayam!!!!
daging pun aq macam dah xboleh nk masuk dlm mulut aq .  . .

why???????
aku pun xtahu maybe sebab perubahan hormon kot hahahah . . 
ataupun mungkin sebab aku dh tua . . 
ohhhhh no baru nak 22 xkan dh katogeri tua kot??
Whateverlah kalau dah aku memang xsuka nak buat macam mana kan . .


Saturday, 13 July 2013

MY FRIENDS MY FAMILY




PILIHLAH KAWAN

sebab apa kena pilih kawan??
 xsalah kalau nak berkawan dengan semua orang tapi jadilah seperti ikan di laut . .
sebab apa pulak nk kena jadi ikan??
kat laut pulak tu . . 

sebab air laut tu masin kan??
tapi kenapa ikan yang bertahun2 dalam laut tu isinya x masin??
so jadi lah seperti ikan didalam laut x dipengaruhi oleh kemasinan air laut . .
moralnya jadi siapa diri kita jangan orang lain @ jangan mudan terpengaruh . .. 

sebab adat berkawan kadang kita akan terikut2 dengan perlakuan kawan, kawan ibarat pisau, kalau kita salahguna kita yang terluka kadang boleh bernanah boleh meninggalkan parut yang sangat dalam. . .



Bukan senang kita nak cari kawan yang sanggup menangis dan ketawa sama2, sepanjang 21 tahun dan bakal menginjak ke usia ke 22tahun  macam jenis kawan datang dan pergi . . . so take note jangan bersedih sebab kawan ni macam air dicincang xkan putus sebab sejauh manapun dia pergi, dia tetap kawan kita walaupun dia bukan lagi kawan yang kita pernah kenal dulu, manusia ni boleh berubah . . . 
begitu juga dengan diri kita sendiri. . .


Friends is also my family, kawan ibarat keluarga ikatan kasih sayang antara kawan tetap ada walaupun kadang2 dia buat kita menyampah, marah, geram, sedih dan kecewa, tapi semua tu xkan berlarutan sebab apa sebab saya sayang kawan saya . . . 

MY FRIENDS ALSO MY FAMILY 





Friday, 12 July 2013

Makanan sihat

Hari ni hari ketiga puasa n hari jumaat, terasa hari nk mkn makanan tanpa minyak. . .

So hari ni menu untuk Nurul Farhana Zainol ialah bubur nasi ayam with carrot and sawi hehehheh. . .  Ari2 mkn mknan berminyak bosan jgak. . .

Tapi sememangnya hari2ku di Pulau Langkawi membosankan huhuhuhu xtahu nk g mana. . .