Sunday, 29 April 2012

PADA SIAPAKAH ? ? ?


Pada siapakah HARUS SEtia


Daripada Anas bin Malik r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Dua di antaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan harta akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya.” Hadis Riwayat Bukhri Dan Muslim.




Keterangan dari ayat diatas . .

Inilah kesudahan bagi persahabatan kita kepada tiga-tiga golongan ini. Isteri yang kita cintai dan anak-anak yang kita sayangi dan juga kaum kerabat, mereka hanya dapat menghantarkan kita sampai ke tanah perkuburan dan hanya dapat mengucapkan selamat tinggal kepada kita ketika melihat badan kita terbujur sejuk di liang kubur,tiada seorang pun yang bersedia untuk menjadi teman kita di kesunyian kubur.

Mereka akan pulang setelah menimbuni tanah ke atas liang kubur kita. Begitu pula harta yang kita kumpulkan dengan membanting tulang dan memeras keringat bahkan terkadang dengan mempertaruhkan nyawa, semuanya akan kita tinggalkan untuk ahli waris. Mereka yang akan mempusakai dan menikmatinya, sedangkan kita yang akan ditanya dari mana harta itu diperoleh dan ke mana kita membelanjakannya. 

Orang yang bijak ialah orang yang mempunyai rancangan bagi wawasan akhiratnya dan bersedia menghadapi kematian sebelum tiba saatnya. Tetapi orang yang terpedaya ialah orang yang banyak berangan-angan, mengejar dunia dan menimbun harta. Maka apabila tiba saat kematian barulah ia menyedari diri dan barulah berazam untuk berbuat kebajikan. Namun pada waktu itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.

Oleh kerana itu, perbanyaklah berbuat kebajikan, tingkatkan ketaqwaan, buatlah bekalan akhirat sedaya upaya yang ada. Rajin bersedekah dan suka menderma untuk membuat bekalan bagi perjalanan negeri akhirat yang sangat jauh itu.

IKHLAS tu bukan setakat di bibir tapi pada setiap patah perkataan dan semuanya adalah kerana ALLAH, dan mengharap keredhaan ALLAH bkn balasan di dunia yang hanya sementar . .




 



No comments:

Post a Comment